Tuesday, July 16, 2024

NAIK CEPAT DALAM KERJAYA

NAIK CEPAT DALAM KERJAYA

Kelmarin dapat email opportunity jawatan Deputy Director. Ada tokey contractor cakap, sekarang head safety Nestle orang2 muda! Kepada semua, zaman sekarang mmg ramai org2 muda2 bawah umur 40 jadi director. Tak pelik. Dengan izin Allah, usaha dan doa anda.

Abam pernah jumpa manager umur bawah 30 tahun. Exboss abam naik director umur 40 tahun. Anda juga mampu! Meh abam bagi HIMPUNAN TIPS bagi siapa nak JADI HEBAT DENGAN CEPAT

1. BE COMPETENT - The 1st step dalam kerjaya anda adalah jadi HEBAT DALAM BIDANG ANDA atau nama lainnya competent atau SUBJECT MATTER EXPERT (SME). 5-10tahun sudah cukup utk anda jadi SME. Kalau anda amek lebih dari tu, anda dalam kategori lambat. Barangkali tu bukan bidang yg kena dgn skill anda.

SME bukan bermaksud anda tahu semua benda. SME adalah org yg JADI TEMPAT RUJUKAN dalam bidang tertentu. SME adalah org yg tahu dimana nak dapat jawapan. Jadilah macam org Cina berniaga. Apa pun kita mintak dia buat, dia cakap "BOLEH BOSS!" walaupun dia tak tau, lepas tu dia cari la solusi.

2. BE RELIABLE - Dalam masa anda nak jadi competent person, jadilah org yg PALING BOLEH DIHARAP. Iaitu kalau boss bagi suatu kerja anda MAMPU SELESAIKAN TUGAS pada TEMPOH MASA YG DIBERIKAN. Kalau anda repeat perkara ni 2 3 kali, maka anda akan digelar RELIABLE.

Org yg reliable akan mudah naik pangkat berbanding yg competent tapi tak reliable. Macam mana nak jadi reliable? INGAT DUA PERKARA. Sentiasa datang kepada bos dengan PROBLEM YG TELAH DIANALISA dan CADANGAN. Itu saja. Jangan dtg kepada bos dengan problem mentah. Free je kene taruk dgn boss..

3. BE VISIBLE - Musuh utama kepada kejayaan adalah BE AVERAGE. Jangan jadi average. Abam, tanpa berniat meninggi diri, hampir tak pernah dapat 'average' KPI score. Bagaimana nak dapat over average?

Dengar ni baik2. Ramai tak buat ni punca anda jadi average. First step, TANYA BOS APA EXPECTATION DIA. SECONDLY, buat PLANNING & OBJECTIVE kerja berdasarkan expectation boss dan stakeholder anda. THIRD, buat lebih tanpa berkira. 

4. ALWAYS BE POSITIVE - Ini adalah yg PALING PENTING. Tanpa ini, kesemua yg di atas adalah tidak bermakna. Dengar nasihat ni ye, TAK PERNAH ABAM JUMPA ORG YG HEBAT BERJAYA TAPI SELALU COMPLAIN. Tak pernah.

Kalau pun dia complain, dia habis cepat dan cepat fokus keluarkan diri. Tapi most people, dia complain dan dia terus complain, dan COMPLAIN HANYA AKAN RENDAHKAN MOTIVASI SENDIRI. Ingatlah, Nabi SAW pernah dicerca dibaling batu di Thaif, tak pernah Nabi SAW cerita atau complain walaupun kat org tersayang kat sesiapa sampailah Aisyah sendiri tanya berpuluh tahun kemudian! 

Abam doakan semua yg baca posting ni untuk sentiasa positif, jadi orang hebat dan jadi UMAT ISLAM YG HEBAT. Walaupun banyak perkara yg tak positif di sekeliling kita.
May Allah bless

No comments:

Post a Comment