Friday, May 26, 2023

Penggunaan "di" yang didekatkan dan "di" yang dijarakkan

Walaupun sudah tahu tetapi masih keliru apabila hendak menggunakan perkataan ini ketika menulis

Mana satu yang betul semasa menulis frasa kata dengan menggunakan "di" yang didekatkan dan "di" yang dijarakkan.

KATA KERJA(PERBUATAN) 

Perkataan "di" ditulis dekat ketika disambung dengan KATA KERJA(PERBUATAN) 👍
Contoh : tulis - ditulis, makan -dimakan, kejar- dikejar.......
Apa sahaja kata kerja yang ingin ditulis,maka di perlu didekatkan.

KATA ARAH & KATA SENDI

Untuk "di" yang dijarakkan, seperti contoh di bawah.

Di sana, Di dalam, Di barat, Di hidung 👍

Jika diperhatikan : "di" yang dijarakkan ialah kata yang selain daripada KATA KERJA, seperti kata arah dan kata sendi.

Kesimpulannya : "di" perlu didekatkan sekiranya melibatkan KATA KERJA(Diracun, Digilis, Ditegur, Dibuang, Dilempar, Diperhatikan dll.)
Manakala "di" yang dijarakkan melibatkan frasa kata SELAIN daripada KATA KERJA.





No comments:

Post a Comment