Sunday, April 20, 2025

Dirimu untuk keluargamu

Bos,
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.

Bos,
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.

Bos,
Dia marah kamu bila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang.

Bos,
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti.

Bos,
Dia diam senyum dlm hati bila syarikat untung,
Tapi dia merungut kat kamu bila syarikat rugi.

Bos, 
Dia bergembira dgn keluarganya bila syarikat byk duit,
Tapi dia berkongsi duka dgn staf bila syarikat takde duit.

Bos, dia tetap bos.
Staf, dia tetap staf.
Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat.
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.
Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan.
Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu.

Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dgn keluarga.
Hal syarikat dgn hal keluarga,
Jgn campur adukkan.

Nukilan seorang staf
Farizal Radzali
.
.
.

Pilihan untuk Mendidik Anak

Mendidik Dengan Garang/ Marah VS Kasih Sayang/ Kelembutan….
.
Mendidik dengan garang, marah, menakutkan, kata-kata sinis
Anak mungkin dengar cakap,
Mungkin ikut arahan,
Mungkin nampak “baik”.
Tapi dalam hati mereka?
Mereka bukan baik sebab faham,
Tapi sebab takut.
Takut dimarah, takut dipukul, takut tak diterima.
Mereka belajar untuk pendam perasaan.
Senyap bila marah.
Tunduk bila kecewa.
Menahan air mata sebab “tak boleh menangis.”
Bertahan dalam ketakutan sebab “kalau cakap, nanti kena marah lagi.”
.
Dan akhirnya,
Bila mereka besar, mereka tak tahu macam mana nak luahkan perasaan sendiri.
Mereka tak tahu beza antara rasa hormat dan rasa takut.
Mereka tak tahu macam mana nak jadi baik dengan seikhlas hati.
Lebih kepada kepura-puraan.
Sebaliknya, mereka jadi baik untuk elak masalah.
Bukan sebab mereka betul-betul faham kenapa perlu buat baik.
Tapi sebab mereka sudah terbiasa hidup dalam ketakutan.
Tapi kalau kita mendidik dengan kasih sayang?
Anak bukan saja dengar, tapi faham.
Bukan saja ikut, tapi ikhlas.
.
Bila kita ajar dengan kesabaran,
Bila kita tunjuk dengan perbuatan,
Bila kita berikan mereka ruang untuk bersuara,
Mereka akan membesar dengan rasa percaya diri.
Mereka tahu baik itu bukan untuk menyenangkan orang lain,
Tapi kerana itulah fitrah mereka sebagai manusia.
Dan di sinilah kita perlu sedar,
Bila kita ubah cara kita mendidik,
Kita bukan sekadar membentuk anak, tapi kita juga sedang menyembuhkan diri kita sendiri.
.
Sebab itu TRE penting.
Ia bantu kita lepaskan tekanan lama dalam tubuh kita,
Agar kita tidak terus mengulang apa yang pernah berlaku pada kita dulu.
Mendidik dengan kasih sayang bukan bermaksud kita lemah.
Sebaliknya, itulah keberanian sebenar
Keberanian untuk memutuskan rantai trauma,
Supaya anak-anak kita boleh membesar dengan jiwa yang lebih ringan dan tenang.❤️