Saturday, January 2, 2016

Laungan Azan oleh Saidina Bilal

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa? Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?" Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."

Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal," -sapa Amirul mukminin.

"Tidak wahai amirul mukminin," -tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin. "Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu. Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!" -apakah Rasulullah di bangkitkan semula-

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar.. Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan. Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"

"Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah."

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

12 Rabiulawal. 24 Disember 2015

Salam Maulidur Rasul.

Allahumma Solli Ala Muhammad

LPT 3. Info dari JKR dan LLM Berita baik untuk seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu

LPT 3. Info dari JKR dan LLM
Berita baik untuk seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu.

Projek sambungan kepada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8 itu bakal dimulakan dari penamat LPT2 E8 di Exit 865 Persimpangan Kuala Terengganu dan berakhir di Tumpat. Jarak yang dianggarkan adalah sepanjang 124 km. Setelah ia siap kelak, Lebuhraya Pantai Timur E8 akan menjadi satu laluan lebuh raya ekspres terpanjang di Malaysia, dengan panjang keseluruhan dianggarkan lebih kurang 570 km (setelah ditolak jarak dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar raya Kuala Lumpur sejauh 19 km, yang tidak lagi melalui E8). Ia sekaligus akan mengalahkan pemegang rekod terdahulu iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 sepanjang 460 km. Kos keseluruhan bagi pembinaan LPT3 E8 ini dianggarkan sejumlah RM2.4 bilion, yang mana kerajaan negeri Terengganu akan mendahulukan wang mereka sebanyak RM1.8 bilion sebelum menuntutnya semula daripada kerajaan persekutuan untuk membolehkan jajaran di Terengganu dimulakan segera.

Senarai persimpangan bertingkat di sepanjang LPT3 E8 adalah seperti berikut:-

Persimpangan Permaisuri - ke Bandar Permaisuri, Penarik dan jeti ke Pulau Redang melalui Jalan Negeri Terengganu T1
Persimpangan Jertih - ke Jertih, Kampung Raja dan Besut melalui Jalan Persekutuan 84
Persimpangan Machang (aka Persimpangan Pasir Puteh) - ke Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli melalui Jalan Persekutuan 3 dan 4
Persimpangan Ketereh - ke Ketereh, Kok Lanas, Pulai Chondong dan Melor melalui Jalan Negeri Kelantan D14 ataupun Jalan Persekutuan 8
Persimpangan Kota Bharu - ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Wakaf Bharu melalui Jalan Persekutuan 3
Persimpangan Tumpat (aka Persimpangan Pengkalan Kubor) - ke Tumpat dan Pengkalan Kubor melalui Jalan Persekutuan 134

Setelah melepasi Persimpangan Tumpat, LPT3 akan melalui plaza tol terakhir di Pengkalan Kubor dan kompleks imigresen dan kuarantin baharu di sana sebelum melintasi Sungai Golok untuk ke Tak Bai, Thailand melalui Jalan Kebangsaan Thailand 4084. Jenis lintasan pula masih belum dimuktamadkan sama ada melalui jambatan ataupun terowong, berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan Thailand akan membina terowong melintasi Sungai Golok untuk ke Pengkalan Kubor. Walau apa pun jenis lintasan yang dipilih, ia mungkin akan menyebabkan tamatnya perkhidmatan feri sungai di Pengkalan Kubor yang dikendalikan oleh JKR Kelantan.

Senarai Syarikat Yang Dibatalkan Kerana Terlibat Dengan Penipuan UMRAH

Senarai Syarikat Yang Dibatalkan Kerana Terlibat Dengan Penipuan UMRAH

Bil.  Tahun  Nama Syarikat  Tindakan
1.  2009  Warith NY Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
2.  2009  Tijaratun Nur Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
3.  2010  Qaisar Travel & Tour  Pembatalan Lesen.
4.  2010  Permata El-Nur Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
5.  2010  Hijjaz Legend Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
6.  2012  J & J Mesra Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
7.  2013  Seven Seas Travel & Tours  Pembatalan Lesen.
8.  2014  Yadh Travel & Tours Sdn. Bhd.  Pembatalan Lesen
9.  2014  ANF Holidays Sdn. Bhd.  Pembatalan Lesen.
10.  2015  Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.  Pembatalan Lesen.
11.  2015  Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd.  Pembatalan Lesen.
12.  2015  Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd.  Dilarang menjalankan aktiviti Outbound.

Sumber: Tabung Haji Skrg ni abg ada intrnt nak biat tranfer (15 min sahaja)

Friday, January 1, 2016

Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika

Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam

USTAZ ROSLI AL HAFIZ

Tuesday, December 29, 2015

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat.  Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!

Wednesday, December 9, 2015

Nasihat terbaik unt pelihara kesihatan badan kita

Nasihat terbaik unt pelihara kesihatan badan kita...

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......

Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu

1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....

Secara ringkasnya :-

Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
1. Tukar beras putih kepada beras perang.
2. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :
1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krn ini terbukti boleh merosakkan kidney.
Amalkan cara Nabi Muhammad minum air di waktu pagi.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yg hampir 500 micromol kpd 150 micromol dgn hanya berbekam.

Untuk maklumat dan penerangan lanjut bagaimana utk kawal paras gula dan bagaimana utk elak diri dari jadi pesakit dialysis, whatsapp saya di 0123921976 ( Dr Amin).

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.