Saturday, December 5, 2015

Asal usul merlimau

Merlimau

Merlimau (Jawi: مرليماو) adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Merlimau adalah sebuah Mukim didalam Daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.

Pekan Merlimau telah dikategorikan sebagai Bandar Merlimau berikutan pertumbuhan dan kemudahan telah dibangunkan.

Kawasan yang berada didalam Poskod Merlimau (77300) ialah Umbai, Pulai, Serkam, dan Kampung Seri Mendapat.

Sejarah Merlimau

Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau.
Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbesar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.

Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang
Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".

Sumber kedua: Cerita Keturunan Bugis
1511 Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".[1] [2]

Bugis Merlimau
Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan Pahlawan Bugis. Bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun 1511 pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau. Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.[3]

Kemudahan di Merlimau

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka melalui dua jalan; Lebuh AMJ  dan Jalan Melaka-Muar . Dari Jasin pula melalui Jalan Merlimau-Jasin

M25
sepanjang 21 kilometer. Dari Lebuhraya Utara-Selatan. AH 2 melalui susur keluar Jasin EXIT 233, selepas keluar dari Plaza Tol Jasin, sepanjang 5 kilometer melalui ladang kelapa sawit sehingga jumpa simpang tiga; ke kiri ke Jasin dan ke kanan ke Merlimau.

Jalanraya 4 lorong dikenali sebagai Lebuh AMJ menghubungkan dari Merlimau ke Muar, Sungai Rambai (selatan); Bandaraya Melaka, Alor Gajah dan plaza tol Simpang Ampat (utara) telah dibuka kepada orang ramai pada 2007. Persimpangan Merlimau Lebuh AMJ yang menghubungkan dengan pekan Merlimau hanya sepanjang 3 kilometer.

Ada satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral dan Jasin Sentral iaitu syarikat bas Panorama Melaka (dahulu kenali sebagai syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz).

Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin di Alor Gajah yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Syarikat bas Panorama Melaka yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

Institusi Pengajian Tinggi :
Politeknik Merlimau
Kolej Komuniti Jasin
Universiti Teknologi Mara Jasin di Kampung Seri Mendapat

Dua buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin:
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub (SMKDARY)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (SMKDA).

Sekolah rendah
Sekolah Kebangsaan Merlimau
Sekolah Kebangsaan Merlimau 1
Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua
Perpustakaan Awam Merlimau

Terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball.

Perkhidmatan awam:
Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Batu Gajah
Klinik Kesihatan, Jalan Jasin,
klinik-klinik swasta dan farmasi
perhentian bas dan pejabat pos
Balai polis sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar.
Kemudahan Bank :
Bank Simpanan Nasional Giro, Jalan Jasin
Maybank, Taman Debunga
Tabung Haji, Banggunan Mara
ATM Bank Islam di Politeknik Merlimau
ATM Public Bank di dalam 7 Eleven Taman Muhibbah, Melimau Utara
Argo Bank, Bandar Baru Merlimau Utara
Masjid
Masjid Jamek Merlimau
Masjid As-Syuhada, Merlimau Utara
Masjid Merlimau Pasir
Tarikan

Beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau

Rumah Penghulu Abdul Ghani
Makam Tun Teja terletak di tengah-tengah sawah padi yg indah di Kampung Pengkalan Samak.
Perigi Portugis

Kemudahan penginapan
Merlimau Inn Resort

Beberapa medan ikan bakar untuk makan malam
Medan Ikan Bakar di Serkam
Medan Ikan Bakar Anjung Batu,
Medan Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar Terapung Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer).
Jeti Anjung Batu yang menarik dan kemudahan bot untuk ke Pulau Besar
Jeti Nelayan Merlimau
Jeti Merlimau Pantai, Merlimau
Jeti Pantai Siring
Jeti Pengkalan Samak

Merlimau merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang masih aktif di Melaka. Terletak di Kampung Merlimau Pantai,Kamung Tengah Padang, Pengkalan Samak, Sempang dan Serkam.

Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu
Dijual di gerai-gerai sekitar jalan Melaka-Muar
Geografi

Kampung
Kampung Merlimau
Kampung Merlimau Pasir
Kampung Merlimau Barat
Kampung Merlimau Pantai
Kampung Merlimau Pekan
Kampung Merlimau Telok
Kampung Merlimau Tengah
Kampung Merlimau Timur
Kampung Baru Tanah Pinggir Merian
Kampung Bulang
Kampung Kilang Berapi
Kampung Kilang Berapi Utara
Kampung Kilang Berapi Barat
Kampung Koalam
Kampung Mentija
Kampung Parit Melintang
Kampung Pasir Gembur
Kampung Paya Buluh
Kampung Paya Lengkong
Kampung Permatang Bukit
Kampung Permatang Pasir
Kampung Permatang Serai
Kampung Sempang Bukit Kuda
Kampung Sempang Darat Seberang
Kampung Sempang Pantai
Kampung Seri Lanchang
Kampung Solok Pantai
Kampung Sungai Renggi
Kampung Telok
Kampung Tengah
Kampung Tengah Padang

Friday, October 30, 2015

Makna dalam solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam solat. Oleh  itu, marilah kita renung-renungkan dan fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat utk semua juga termasuk DIRIKU..

Sharing is caring..

Friday, August 7, 2015

TOSAI MASALA - Jiwa Murni

Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan,katanya nak ke setesen bas untuk balik,saya ajak balik dengan saya.Dia setuju.Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas,datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput."Kita singgah minum sikit."kata saya mempelawa.

Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus.Saya singgah di satu kedai nasi kandar.

Saya order tosai masala dan teh o ais.Dia hanya order teh o ais.Bila disuruh order makan,dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.
Lalu saya tanya dia,"Pak ngah,kita cuba tose masala,sedaaap!"

Dia membalas,"Cikgu nak belanja saya,saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih."Saya senyum saja.Kami makan sambil berbual.
Katanya,"Sedap cikgu.Saya tak pernah makan,ingat ini orang India saja makan."

Selesai makan dia bertanya,"Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji.?"Saya membalas,"3.50 sebiji."Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya,mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat.Ada beberapa not seringgit dan duit siling.

Saya sangka dia nak bayar,cepat-cepat saya suruh dia simpan,kerana saya nak bayar.Tetapi dia berkata,
"Saya rasa bersalah,rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni,tapi anak bini saya tidak.Kami selalu kongsi susah senang.Bila makan sedap begini,saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga,supaya saya tak rasa bersalah,rasa penting diri.Beli sebiji pun jadilah,depa boleh kongsi lima orang.Kalau tak kenyang pun,dapat rasa jadilah."

Ya Allah.Subhanallah!Saya tergamam,sebak mendengar kata-katanya.Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya.Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan diluar sendirian.Jernihnya jiwa insan ini,kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya,baik yg susah maupun yg menyenangkan.

Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik.Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.

Tuhan menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup,berkongsi segalanya,sedang kita yg mewah,membina sikap individualistik.Makan pun dah jarang bersama,makan pun tak sama,apa lagi berkongsi susah senang.Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yg mereka makan,apa masalah yg mereka hadapi.Ada juga ibubapa yg tak peduli masalah anak,asal beri duit dah cukup.

Ada bapa yg ke majlis sana sini,hanya membawa perut yg kekenyangan balik kerumah..

Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu diluar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat.Berkongsi dg isteri,anak bahkan cucu.Binalah ingatan bersama.Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.

Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan.

Semoga kisah ini menjadikan saya dan kite semua supaya lebih menghargai ape yg kite miliki dan kecapi ketika ini dan selepas ini maupun yg telah berlalu.

c&p

Monday, February 16, 2015

Info for Sharing on Marriage

Good for all to read and not just the married ones.


• Marriage is worth struggling and fighting for

• Marriage is not built upon love, its built upon ISLAM AND IHSAAN (concept of Ihsaan is excellent)

• Break the cycle - we don’t have to live the marriage of our parents, we create our own marriage traditions

• To all, esp brothers, when you are angry at your spouse, stop and say, I forgive you - say it with your tongue and your heart will hear it and deal with it

• Everyone has the capacity to forgive

• The best pleasure in this dunya is *a righteous spouse* (hadeeth)

• A spouse is not someone who you want to spend your live with but someone to spend with for eternity

• Everyone single will be married in Jannah - pure happiness is the state of being married

• Rasulullah (saw) was more loving inside the home than he (saw) outside

• The first thing that Rasulullah (saw) did when he (saw) entered the house was to kiss his (saw) wife

• Reference of marriage in the Qur’an: protecting garment, mawaddah, rahmah - reflect what we represent to our spouses

• Proposal mentioned in the Quran: Prophet Musa (as) - the woman spoke to him, they interacted modestly, he worked with her father

• Rasulullah saw and Khadija ra - they were in business together, had business transactions, familiar w each other characters

• Ask ourselves: Do I make my spouse feel lucky to have me? Do I give that feeling of insecurity, inferiority to our spouses? 

• Are we busy taking care of our hearts that we break the hearts of spouses? 

• Fear Allah swt w our spouses

• When things are difficult, when relationships are not working as we hope, remember only Allah Taala doesn’t disappoint us. Only He is the perfect One. Our spouses are creations just like us, who are flawed. Even Rasulullah (saw) who is the perfect man disagreed with his (saw) wife

Finding happiness in marriage, Yasmin Mogahed

• We wont fill the void in our hearts by getting married. Only Allah Taala can fill the void

• Only one source of healing is Allah Taala

• no human being can fix us up, its not the job of a creation, onnly the Creator may fix our hearts

• Generosity in marriage cant happen unless we are full inside (our hearts are not void)

• Love with giving not taking

• When we beg from Allah Taala, He elevates us. When we beg from creations, we are humiliated

• Do not be attached to the dunya. When we are not attached to people, people will love you

• Love without attachment, love without dependency 

Sh Yahya Ibrahim,

*Rasulullah (saw) said treat your wife well, and never said to women to treat the husband well. Why? Because the right is MORE for the wives for the husbands to care and love them.

Lessons from Rasulullah (saw), for the husbands:

1. When you eat, feed her
2. When you buy yourself something, buy something to her
3. Let your wife sit where you sit
4. What you expect and ask from your wife, you must be able to also give her
5. Express your love
6. Sadaqah that has more barakah is to your family - give gifts often
7. Give more than you take

Thursday, October 23, 2014

Kewajipan Menjauhi Fitnah

This is written as a reminder to me first and to the rest. InsyaAllah this
short write-up will lead us to ponder or to read and understand further of
this topic.

When I was younger and naive I used to think that my business is mine and
others should not interfere. I thought that who talks or judge bad about me
or my actions will pay the price during judgement day . But as I grow older
and more mature Ive realized that I too had an obligation to stay away from
situation that allows others to judge me wrongly. I have a creator and to
HIM I shall stand and answer my deeds as to why I put myself in those
situation. So now as much as possible I try to be wary of my actions and
words not for the sake of others but for my love and fear of Allah.

What I want to share today is not on Menjauhkan Diri Dari Berfitnah (topic
that is heavy and found in the Al-Quran and Hadis) but more on our Kewajipan
Menjauhi Fitnah (also heavy but usually neglected by us)

Kita kena faham betul-betul maksud fitnah. Dalam al-Quran, lebih kurang ada
17 definasi fitnah yang berbeza-beza. Antaranya ialah bala, bencana, ujian
berat dan juga menuduh manusia lain.

Among the 3 fitnah describes here are:

1. FITNAH WANITA.

Jangan sangkal lagi kerana sudah jelas lagi bersuluh, bahawa fitnah terbesar
atas muka bumi sekarang ialah fitnah wanita. Rasulullah sendiri memberi
amaran kepada umat Baginda agar takut dan berhati-hati dengan ujian orang
perempuan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana seorang nabi dan rasul, iaitu
Yusuf A.S yang terkena fitnah wanita...

Hinggakan kata Baginda, Penjara itu adalah lebih aku sukai!, dan Baginda
sendiri meminta kepada Allah agar dilemparkan dalam penjara. Di balik tembok
besi itu, datang bersamanya satu falsafah yang besar kepada kita semua.

Penjarakan jarak. Penjarakan nafsu. Penjarakan ikhtilat.

Penjarakannya, agar hatimu tidak terjerut dengan cinta yang lalai dan
melalaikan.

2. FITNAH HARTA. 

Para sahabat radiallahu anhum ajmain pun ada yang terkena dan kalah dengan
fitnah harta. Bukti paling jelas ialah semasa perang uhud. Arahan Rasulullah
jelas. Jangan tinggalkan posisi kamu selagi tiada arahan dariku, tetapi
selepas mereka melihat yang tentera kafir tergopoh-gapoh berundur, mereka
pun meninggalkan posisi mereka di balik bukit dan berebut-rebut mahu
mengutip ghanimah.

Memang benar islam menyeru umatnya untuk kaya jiwa dan kaya harta. Supaya
apabila harta kita banyak, kita pun boleh menyumbang dengan banyak kepada
agama islam. Kita boleh bina masjid, bina pusat islam, bina pusat dakwah,
bina ketenteraan, dan segala macam sarana yang diperlukan untuk perjuangan
ini.

Tapi apa yang berlaku hari ini, orang kaya yang dekat dengan Allah sangat
sedikit sebaliknya yang kaya dan menjadikannya sombong, takabbur, dan rasa
ala-ala Tuhan, itu ramai sekali. Tak payah nak tunding jari kepada
lelaki-lelaki arab yang gemuk itu. Tunjuk sahaja ke diri kita sendiri.
Berapa banyak yang kita telah belanjakan untuk islam? Adakah kita juga
seperti manusia-manusia tadi, yang sanggup berbelanja sehingga separuh juta
semata-mata untuk satu baris nombor plat kereta murahan sahaja?

Ingat. Allah akan hisab harta-harta kita. Allah akan soal satu soalan yang
mencarik-carik ulu hati kita. Darah kita pada tika itu takkan mengalir. Otot
kita masa itu akan mengejang. Semuanya terkejut, takut.

Hartamu, kemana kamu belanjakan?

Maka mahu dijawab dengan bahasa apa lagikah jika jawapannya ialah yang
terpesong daripada skema syurga.

3. FITNAH KEDUDUKAN.

Hari ini ramai yang mahu jadi pemimpin. Tapi ramai yang tak mahu dipimpin
oleh wahyu. Maka itulah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin umat islam.
Makin berkuasa, makin berleluasa. Makin tinggi autoriti, makin hilang
integriti dan dignity!

Abu Dzar al-Ghifari pernah mendatangi Rasulullah S.A.W dan meminta jawatan
daripada Baginda lalu Baginda pun berkata, Aku bimbang kamu tidak layak
untuk memikul amanahnya.

Saidina Umar R.A pula sejak dijadikan khalifah, beliau sudah tidak mampu
untuk tidur lagi. Beliau sudah tak dapat bezakan siang dengan malam.
Kenikmatan rehat sudah tiada baginya. Kerana kata beliau, Aku bimbang jika
aku tidur di siang hari, maka urusanku dengan rakyatku tidak selesai dan aku
juga bimbang untuk tidur di malam hari kerana aku takut urusanku dengan
Allah pula yang tidak selesai.

Kita bercakap fasal kepimpinan, lalu kita pun terbayang kerusi-kerusi empuk
dalam dewan berhawa dingin itu. Tidak semestinya, kerana sabda rasulullah,
Setiap daripada kamu ialah pemimpin. Kita ialah pemimpin dan kita ada orang
yang kita pimpin. Seorang guru memimpin anak murid. Seorang majikan memimpin
pekerjanya. Seorang ayah memimpin anak-anak dan seorang manusia, memimpin
nafsunya.

Jangan cuai dengan tanggungjawab kepimpinan, terutamanya untuk memimpin hati
kita.

Tuesday, September 9, 2014

Apakah erti kemerdekaan?

Assalamualaikum dan Salam Merdeka , 


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 57 tahun merdeka namun bagaimana dengan kita sendiri? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.

Apakah erti kemerdekaan?

Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Adakah kita benar-benar mencapai nikmat kemerdekaan yang sebenar? 

Kita masih belum merdeka dari segi minda


Whatever the mind of a man can conceive and believe, he can achieve.

Majoriti dari kita masih belum merdeka dari segi minda. Kebanyakkan masyarakat kita masih belum percaya dengan kemampuan diri sendiri. Baik dari segi kerjaya atau keusahawan, kita boleh saksikan berapa kerat saja yang benar-benar berjaya, dan pastinya mereka yang berjaya bukan kerana nasib 'baik' menyebelahi mereka, namun kerana mereka yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri! 

Kita masih belum merdeka dari segi kehidupan

Cuba kita buat ’spot-check’ terhadap kehidupan seharian kita. Adakah kita sudah merdeka? Sebenarnya kita masih belum merdeka. Ramai masyarakat kita hari ini hidup di atas buah fikiran orang lain. 

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking.

Sebagai contoh, majoriti masyarakat kita berpendapat kejayaan sesuatu perniagaan diukur melalui jenis kereta yang dinaiki. Kononnya. Maka kita pun berusaha sekuat hati untuk membeli kereta besar walaupun perniagaan masih belum kemana kerana nak buktikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling bahawa kita telah berjaya.

Hey, kamu hidup di atas dasar pemikiran orang lain! Bebanan expenses bulanan kamu yang perlu tanggung dan bukannya ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling!

Beli kereta besar setelah benar-benar kita mampu dan bukannya kerana nak buktikan bahawa kita berjaya kepada orang lain, barulah merdeka. Kadang-kadang kita sendiri masih belum merdeka di dalam membuat keputusan untuk kehidupan kita.

Kita masih belum merdeka dari segi kewangan

Jika kita tidak menjadi Tuan kepada Duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada hutang.  

Mengikut statistik tahap kewangan rakyat Malaysia, sejujurnya kita sedar bahawa kita masih belum merdeka. Majoriti daripada masyarakat Malaysia masih belum bebas kewangan, malah terus menjadi hamba kepada kewangan.

Masih ramai yang berbelanja melebihi kemampuan dan seterusnya muflis di usia yang muda! Saya telah jumpa ramai individu yang hidup hanya untuk membayar hutang. 

Kita akan merdeka kewangan apabila kita hidup bebas dari hutang. Malah lebih hebat apabila kita mencapai tahap dapat membeli sesuatu tanpa perlu melihat tanda harga dan dapat memberi tanpa perlu mengira.

Kita masih merdeka belum dari segi hati dan jiwa

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Hai Anak Adam, sibukkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memberikan kekayaan dihatimu dan Aku akan menghilangkan kemiskinan darimu. Jika tidak Aku akan memasukkan dalam dirimu kesibukan, sedangkan Aku tidak akan menghilangkan kemiskinanmu” (HR Ahmad, Ubnu Majah).

Kehidupan di dunia adalah sementara dan kehidupan di sana adalah yang kekal abadi. Peringatan untuk diri saya sendiri juga yang masih berusaha untuk membebaskan hati dari dunia. Sentisa panjatkan doa kepada Allah agar jangan kerana mengejar dunia maka kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.

Anas R.A meriwayatkan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang perhatiannya hanya tertuju pada dunia, dan tujuan hidupnya hanya untuk mencari dunia, ia berpergian untuk keperluan dunia dan senantiasa memikirkan dunia maka Allah SWT akan membentangkan dihadapan matanya perasaan takut kepada kemisikinan dan kelaparan. Dan ia akan menghabiskan waktunya untuk memikirkan dan mengkhawatirkan dunia, sedangkan ia hanya akan mendapatkan sekadar yang telah ditakdirkan untuknya.

Barangsiapa yang menumpahkan perhatiannya pada akhirat dan sentiasa memikirkan akhirat, maka Allah SWT akan menyelamatkannya dari kegelisahan dan kebimbangan mengenai dunia. Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rasa puas dan tidak berhajat kepada benda dunia. Allah SWT akan mempermudah segala urusannya, dan dunia akan datang sendiri dalam keadaan hina.”

Terima kasih kerana sudi membaca emel ini sehingga ke penghujung, sama-sama kita panjatkan doa kepada Ilahi agar kita menjadi seorang Hamba yang benar-benar Merdeka duniawi dan ukhrawi kerana itulah yang kita inginkan, kebahagiaan di dunia untuk dijadikan bekalan untuk mendapat kebahagiaan hakiki di akhirat nanti. 




Sumber : A. Humaizi