Friday, August 15, 2025

Maksud lampu hijau merah putih bila berada di laut

Perlu tahu maksud lampu hijau merah putih bila berada di laut

Jgn lah ambik mudah..boleh bawak kecelakaan yg akan membuat anda menyesal

Pengalaman aku sendiri.. Br keluar dr kuala Tumpat, nampak sebiji lampu warna hijau dan warna putih.. Warna merah tiada

So apa yg aku belajar.. Jika nampak lampu hijau merah putih, maka bot tu sedang menghala ke arah bot aku, so sebagai tekong aku mengubah sikit haluan bot aku ke kiri, sebab ikutkan bot aku akan selisih di bahagian kanan bot dgn bot yg di depan, dgn kelajuan 15knot n makin meningkat aku selaraskan haluan bot aku agar menjauh ke kiri dr haluan bot yg di depan..

Mmg nasib kami ketika itu Allah permudahkan n jauhkan dr kecelakaan.. Syukur sgt.. Rupanya bila dah dekat suasana bertukar terkejut, rupanya bot tu bukan menghala ke arah aku, tp haluan bot tu dr kanan ke kiri bot aku( arah bot aku ke utara, arah bot tu ke barat)
 
Bot aku lepas sikit jer, bot tu meluncur di belakang bot dr kanan bot ke kiri bot aku..kalau x mmg berlaku pelanggaran di waktu subuh gelap gelita.. Syukur sgt

Maknanya lampu hijau yg di pasang di bot itu x ikut spec yg sebenar.. Sebab warna lampu hijau bot tu, boleh nampak dr semua arah...

Mengucap panjang aku time tu... Allahuakbar..

So pada pemilik bot, pada tekong, jgn lah abaikan segala apa yg wajib di atas bot.. Terutama pada bot yg menjalankan aktiviti waktu malam.. Bahaya menanti bilamana sikap kita x peduli akan keselamatan.

Sunday, August 3, 2025

Macam Mana Ajar Scammer Sampai Kecut

Member aku cerita macam mana dia ajar scammer sampai kecut...

1
Kau pernah kena scam?
– Kalau ya, kau WAJIB baca ni sampai habis.

2
Member aku tak call bank dulu pun…
– Dia terus call scammer tu balik… dan bagi ugutan paling win.

3
"Bro… kau nak pulang duit aku ke nak jumpa aku kat mahkamah?"
– "Kalau sampai mahkamah, standby RM100K nak settle," dia cakap.

4
Kalau scammer tu pulang terus… syukur.
– Kalau tak, dia dah termasuk dalam perangkap yang kau cipta sendiri.

5
Lepas tu, terus pergi balai buat report polis.
– Tapi ni part penting: jangan cakap kau ditipu… tapi kau DIPERDAYA.

6
Kenapa kena cakap diperdaya?
– Sebab ayat tu lebih kuat kat mahkamah. Trust me.

7
Report dah siap?
– Pergi bank minta bank statement bukti duit masuk akaun scammer.

8
Maklumkan kat bank yang kau kena scam.
– Itu akan bantu bila kes ni dah naik ke level seterusnya.

9
Then, cari lawyer, file kat mahkamah, pastu cari yang free dari YBGK.
– Jangan risau, semua akan diurus. Tak payah keluar satu sen dari YBGK.

10
Scammer tu akan dapat surat cinta dari mahkamah…
– Namanya Sapina. Masa tu baru dia menggelupur.

11
Dia akan call balik, suara pun lain macam…
– "Bro… bro… boleh settle luar mahkamah tak… tolong bro…"

12
Kau jawab je slow slow…
– "RM100K bro… aku dah bagi harga awal awal."

13
Kalau kau lembik masa ni, kau rugi.
– Scammer ni jenis hanya faham bahasa tekanan.

14
Kalau kau tak tarik report?
– Dia akan kena reman 3–4 hari… lepas tu naik court.

15
Minimum dia kena?
– 1 TAHUN PENJARA… dan 1 SEBATAN. Baru dia tahu langit tinggi rendah.

16
Kalau dia tak hadir mahkamah?
– Nama dia jadi wanted… satu Malaysia polis akan cari.

17
Nak apply kerja? Tak lepas.
– Nak keluar negara? Kena tahan.
– Lalu roadblock? Mampus.

18
Sampai dia akan rasa…
– "Macam mana rasa hidup sebagai penjenayah buruan."

19
So sekarang pilihan dia…
– Pulang awal-awal dan selamat… atau belayar setahun kat dalam.

20
Ini bukan cerita lawak.
– Member aku dah naik mahkamah lebih kurang 40 kali, jumpa 30 IO berbeza. Dia bukan borak kosong.

21
Kalau kau pernah kena… share post ni.
– Kasi scammer lain tahu… bukan semua mangsa bodoh. Silap haribulan scammer salah scam korang yang dah baca ni.

Friday, August 1, 2025

Perangai Manusia Yang Akan Makan Diri Jika Kau Tidak Tahu Kawal Had

Ada satu jenis manusia ni…

Bila dia buat salah,
dia nangis.

Bila dia halau kau pergi,
dia kata kau tinggalkan dia.

Bila dia lukakan hati kau,
dia cerita dia yang teraniaya.

Dia selalu jadi mangsa…
Dalam cerita yang dia karang sendiri.

Tapi bila kita tenung dalam-dalam…
Siapa sebenarnya yang cedera?
Siapa yang hari-hari telan perasaan?
Siapa yang terpaksa kuat, sebab dia tak reti bertanggungjawab?

Kau pernah kenal orang macam ni?

Yang setiap kali gaduh…
dia pusing cerita,
sampai semua nampak salah kau.

Kau yang konon kejam.
Kau yang konon keras hati.
Kau yang tak faham dia.

Padahal kau cuma letih,
sebab kau dah cuba jaga hati semua orang…
Termasuk hati dia yang berduri.

Dia boleh block kau satu hari,
esok dia unblock semula…
Tanya, “Awak dah tenang?”

Padahal yang meletup tu dia.
Yang menghilang tu dia.
Yang tak pernah minta maaf pun… masih dia.

Tapi dia nak kau minta maaf dulu.
Sebab dalam dunia dia,
kalau orang tak pujuk dia…
Dia rasa semua orang jahat.

Let me tell you something.

Kebaikan tanpa sempadan, akan menarik manusia yang tiada had.

Kau bukan kem pelarian.
Kau bukan punching bag emosi dia.
Dan kau tak wajib terima orang yang suka baling batu,
lepas tu sembunyi tangan dalam jaket “aku memang macam ni.”

Kita semua ada luka.
Kita semua ada masa silam.

Tapi beza orang matang dengan orang malas berubah,
adalah siapa yang sanggup jujur tentang perangai sendiri.

Kalau dia betul terluka,
dia akan usaha rawat.

Tapi kalau dia cuma nak perhatian,
dia akan cipta luka untuk buat orang rasa bersalah.

Dan setiap kali kau nak pergi…
Dia akan menangis cukup dalam,
sampai kau rasa macam kau pula penjahat dalam hidup dia.

Padahal kau cuma orang terakhir…
yang masih sanggup stay dalam cerita penuh drama yang dia tulis sendiri.

So… let this be your reminder.

Orang yang paling kuat, bukan orang yang menang hujah.
Tapi orang yang sanggup biar orang tuding jari,
asalkan dia tak ulang trauma yang sama pada anak-anak dia nanti.

You break the cycle when you stop explaining yourself 
kepada manusia yang hanya faham bila dia sakit, 
tapi buta bila dia yang menyakitkan.

Let them think you’re cold.

Biarlah mereka tak faham keputusan kau.
Kau bukan hidup untuk jadi “watak tambahan” dalam cerita orang yang tak pernah tulus dengan perasaan dia sendiri.

Jaga diri.
Jaga sempadan.
Jangan jadi hero dalam cerita orang yang tak pernah hargai perjuangan kau.

Kadang-kadang…
Orang tak berubah sebab dia tahu,
kau tetap ada walaupun dia berkali-kali tolak kau tepi.

Hari ni,
kau letak titik.

Bukan sebab kau benci.

Tapi sebab kau sedar…
Bukan semua orang layak tahu cara hati kau berfungsi.

#CikguJack
#TulisDariHati