Assalamualaikum dan Salam Merdeka ,
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 57 tahun merdeka namun bagaimana dengan kita sendiri? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.
Apakah erti kemerdekaan?
Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Adakah kita benar-benar mencapai nikmat kemerdekaan yang sebenar?
Kita masih belum merdeka dari segi minda
Whatever the mind of a man can conceive and believe, he can achieve.
Majoriti dari kita masih belum merdeka dari segi minda. Kebanyakkan masyarakat kita masih belum percaya dengan kemampuan diri sendiri. Baik dari segi kerjaya atau keusahawan, kita boleh saksikan berapa kerat saja yang benar-benar berjaya, dan pastinya mereka yang berjaya bukan kerana nasib 'baik' menyebelahi mereka, namun kerana mereka yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri!
Kita masih belum merdeka dari segi kehidupan
Cuba kita buat ’spot-check’ terhadap kehidupan seharian kita. Adakah kita sudah merdeka? Sebenarnya kita masih belum merdeka. Ramai masyarakat kita hari ini hidup di atas buah fikiran orang lain.
Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking.
Sebagai contoh, majoriti masyarakat kita berpendapat kejayaan sesuatu perniagaan diukur melalui jenis kereta yang dinaiki. Kononnya. Maka kita pun berusaha sekuat hati untuk membeli kereta besar walaupun perniagaan masih belum kemana kerana nak buktikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling bahawa kita telah berjaya.
Hey, kamu hidup di atas dasar pemikiran orang lain! Bebanan expenses bulanan kamu yang perlu tanggung dan bukannya ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling!
Beli kereta besar setelah benar-benar kita mampu dan bukannya kerana nak buktikan bahawa kita berjaya kepada orang lain, barulah merdeka. Kadang-kadang kita sendiri masih belum merdeka di dalam membuat keputusan untuk kehidupan kita.
Kita masih belum merdeka dari segi kewangan
Jika kita tidak menjadi Tuan kepada Duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada hutang.
Mengikut statistik tahap kewangan rakyat Malaysia, sejujurnya kita sedar bahawa kita masih belum merdeka. Majoriti daripada masyarakat Malaysia masih belum bebas kewangan, malah terus menjadi hamba kepada kewangan.
Masih ramai yang berbelanja melebihi kemampuan dan seterusnya muflis di usia yang muda! Saya telah jumpa ramai individu yang hidup hanya untuk membayar hutang.
Kita akan merdeka kewangan apabila kita hidup bebas dari hutang. Malah lebih hebat apabila kita mencapai tahap dapat membeli sesuatu tanpa perlu melihat tanda harga dan dapat memberi tanpa perlu mengira.
Kita masih merdeka belum dari segi hati dan jiwa
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Hai Anak Adam, sibukkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memberikan kekayaan dihatimu dan Aku akan menghilangkan kemiskinan darimu. Jika tidak Aku akan memasukkan dalam dirimu kesibukan, sedangkan Aku tidak akan menghilangkan kemiskinanmu” (HR Ahmad, Ubnu Majah).
Kehidupan di dunia adalah sementara dan kehidupan di sana adalah yang kekal abadi. Peringatan untuk diri saya sendiri juga yang masih berusaha untuk membebaskan hati dari dunia. Sentisa panjatkan doa kepada Allah agar jangan kerana mengejar dunia maka kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Anas R.A meriwayatkan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang perhatiannya hanya tertuju pada dunia, dan tujuan hidupnya hanya untuk mencari dunia, ia berpergian untuk keperluan dunia dan senantiasa memikirkan dunia maka Allah SWT akan membentangkan dihadapan matanya perasaan takut kepada kemisikinan dan kelaparan. Dan ia akan menghabiskan waktunya untuk memikirkan dan mengkhawatirkan dunia, sedangkan ia hanya akan mendapatkan sekadar yang telah ditakdirkan untuknya.
Barangsiapa yang menumpahkan perhatiannya pada akhirat dan sentiasa memikirkan akhirat, maka Allah SWT akan menyelamatkannya dari kegelisahan dan kebimbangan mengenai dunia. Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rasa puas dan tidak berhajat kepada benda dunia. Allah SWT akan mempermudah segala urusannya, dan dunia akan datang sendiri dalam keadaan hina.”
Terima kasih kerana sudi membaca emel ini sehingga ke penghujung, sama-sama kita panjatkan doa kepada Ilahi agar kita menjadi seorang Hamba yang benar-benar Merdeka duniawi dan ukhrawi kerana itulah yang kita inginkan, kebahagiaan di dunia untuk dijadikan bekalan untuk mendapat kebahagiaan hakiki di akhirat nanti.
Sumber : A. Humaizi