Susu Ibu Sebatian Ajaib
---------------------
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan
atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu."
(Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan
yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan
melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam
air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang
belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien
yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan
buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat
menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem
Imunisasi
----------------------------
Senarai manfaat air susu ibu kepada
bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi
minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan
penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu
menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi
lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria
"bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan
bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat
beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap
penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih
teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
-------------------
Oleh kerana air
susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah
dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem
penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja
tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan
untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air
susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein,
natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi.
Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air
susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan
pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan
lain.
Omega-3
-------
Kandungan minyak omega-3 asid alfa
linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi
sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi
bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa
kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang
normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai
satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Rahmat Tiada Bandingan
Ini adalah Satu Anugerah dari
Allah
----------------------------------------------------------
Satu lagi
ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk
diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya
diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang
lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama
dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah
Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu
ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan
dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya.
Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan
mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si
ibu.
dan banyak lagi manfaatnya,boleh dibaca
disini..
http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/3932-susu-ibu-sebatian-ajaib.html