Tuesday, December 29, 2015

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat.  Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!

Wednesday, December 9, 2015

Nasihat terbaik unt pelihara kesihatan badan kita

Nasihat terbaik unt pelihara kesihatan badan kita...

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......

Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu

1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....

Secara ringkasnya :-

Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
1. Tukar beras putih kepada beras perang.
2. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :
1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krn ini terbukti boleh merosakkan kidney.
Amalkan cara Nabi Muhammad minum air di waktu pagi.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yg hampir 500 micromol kpd 150 micromol dgn hanya berbekam.

Untuk maklumat dan penerangan lanjut bagaimana utk kawal paras gula dan bagaimana utk elak diri dari jadi pesakit dialysis, whatsapp saya di 0123921976 ( Dr Amin).

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Saturday, December 5, 2015

Asal usul merlimau

Merlimau

Merlimau (Jawi: مرليماو) adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Merlimau adalah sebuah Mukim didalam Daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.

Pekan Merlimau telah dikategorikan sebagai Bandar Merlimau berikutan pertumbuhan dan kemudahan telah dibangunkan.

Kawasan yang berada didalam Poskod Merlimau (77300) ialah Umbai, Pulai, Serkam, dan Kampung Seri Mendapat.

Sejarah Merlimau

Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau.
Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbesar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.

Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang
Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".

Sumber kedua: Cerita Keturunan Bugis
1511 Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".[1] [2]

Bugis Merlimau
Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan Pahlawan Bugis. Bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun 1511 pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau. Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.[3]

Kemudahan di Merlimau

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka melalui dua jalan; Lebuh AMJ  dan Jalan Melaka-Muar . Dari Jasin pula melalui Jalan Merlimau-Jasin

M25
sepanjang 21 kilometer. Dari Lebuhraya Utara-Selatan. AH 2 melalui susur keluar Jasin EXIT 233, selepas keluar dari Plaza Tol Jasin, sepanjang 5 kilometer melalui ladang kelapa sawit sehingga jumpa simpang tiga; ke kiri ke Jasin dan ke kanan ke Merlimau.

Jalanraya 4 lorong dikenali sebagai Lebuh AMJ menghubungkan dari Merlimau ke Muar, Sungai Rambai (selatan); Bandaraya Melaka, Alor Gajah dan plaza tol Simpang Ampat (utara) telah dibuka kepada orang ramai pada 2007. Persimpangan Merlimau Lebuh AMJ yang menghubungkan dengan pekan Merlimau hanya sepanjang 3 kilometer.

Ada satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral dan Jasin Sentral iaitu syarikat bas Panorama Melaka (dahulu kenali sebagai syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz).

Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin di Alor Gajah yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Syarikat bas Panorama Melaka yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

Institusi Pengajian Tinggi :
Politeknik Merlimau
Kolej Komuniti Jasin
Universiti Teknologi Mara Jasin di Kampung Seri Mendapat

Dua buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin:
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub (SMKDARY)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (SMKDA).

Sekolah rendah
Sekolah Kebangsaan Merlimau
Sekolah Kebangsaan Merlimau 1
Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua
Perpustakaan Awam Merlimau

Terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball.

Perkhidmatan awam:
Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Batu Gajah
Klinik Kesihatan, Jalan Jasin,
klinik-klinik swasta dan farmasi
perhentian bas dan pejabat pos
Balai polis sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar.
Kemudahan Bank :
Bank Simpanan Nasional Giro, Jalan Jasin
Maybank, Taman Debunga
Tabung Haji, Banggunan Mara
ATM Bank Islam di Politeknik Merlimau
ATM Public Bank di dalam 7 Eleven Taman Muhibbah, Melimau Utara
Argo Bank, Bandar Baru Merlimau Utara
Masjid
Masjid Jamek Merlimau
Masjid As-Syuhada, Merlimau Utara
Masjid Merlimau Pasir
Tarikan

Beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau

Rumah Penghulu Abdul Ghani
Makam Tun Teja terletak di tengah-tengah sawah padi yg indah di Kampung Pengkalan Samak.
Perigi Portugis

Kemudahan penginapan
Merlimau Inn Resort

Beberapa medan ikan bakar untuk makan malam
Medan Ikan Bakar di Serkam
Medan Ikan Bakar Anjung Batu,
Medan Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar Terapung Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer).
Jeti Anjung Batu yang menarik dan kemudahan bot untuk ke Pulau Besar
Jeti Nelayan Merlimau
Jeti Merlimau Pantai, Merlimau
Jeti Pantai Siring
Jeti Pengkalan Samak

Merlimau merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang masih aktif di Melaka. Terletak di Kampung Merlimau Pantai,Kamung Tengah Padang, Pengkalan Samak, Sempang dan Serkam.

Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu
Dijual di gerai-gerai sekitar jalan Melaka-Muar
Geografi

Kampung
Kampung Merlimau
Kampung Merlimau Pasir
Kampung Merlimau Barat
Kampung Merlimau Pantai
Kampung Merlimau Pekan
Kampung Merlimau Telok
Kampung Merlimau Tengah
Kampung Merlimau Timur
Kampung Baru Tanah Pinggir Merian
Kampung Bulang
Kampung Kilang Berapi
Kampung Kilang Berapi Utara
Kampung Kilang Berapi Barat
Kampung Koalam
Kampung Mentija
Kampung Parit Melintang
Kampung Pasir Gembur
Kampung Paya Buluh
Kampung Paya Lengkong
Kampung Permatang Bukit
Kampung Permatang Pasir
Kampung Permatang Serai
Kampung Sempang Bukit Kuda
Kampung Sempang Darat Seberang
Kampung Sempang Pantai
Kampung Seri Lanchang
Kampung Solok Pantai
Kampung Sungai Renggi
Kampung Telok
Kampung Tengah
Kampung Tengah Padang