Saturday, July 20, 2013

Kebas Pada Anggota Kaki dan Tangan


Saya nak kongsi tentang kebas atau lenguh pada anggota kaki atau tangan. Sakit ini kadang-kadang kita dalam alami setiap hari namun kita selalu tidak menitikberatkannya. Awas, kerana ia mampu menjadi lebih parah apabila kita semakin berumur.

Simptom kebas atau lenguh pada anggota kaki atau tangan adalah berlaku disebabkan oleh berapa faktor.

Antara Punca-Puncanya:
1.Tekanan yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau periferal.
2.Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.
3.Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan beku yang berada di dalam sistem darah.
4.Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakunya penyempitan dan tekanan yang dikenakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan  (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
5.Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simptom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.
6.Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.
7.Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.

Langkah pencegahan dan penyelesaian.

1) Untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan, berterusan dan mengganggu jadual
rutin hidup anda.
2) Lakukan ujian paras gula di dalam tubuh anda. Ini bagi memastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau tidak.
3) Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin  yang boleh di dapati di mana-mana farmasi berhampiran. Dapatkan juga nasihat daripada pegawai farmasi mengenai simptom anda.
4) Lakukan ujian CT scan, X-ray, ultrasound  atau pun MRI di hospital. Pegawai perubatan di sana akan mengesahkan bahawa anda benar-benar perlu untuk melakukan ujian ini atau tidak.
5) Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi sistem darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.

Selamat Berkongsi Maklumat


No comments:

Post a Comment