Thursday, May 9, 2013

The Law of Compensate - Undang-undang Kompensasi


“Bekerjalah bagi memenuhi tujuan hidup menjadi hamba Allah SWT, khalifah dan mengimarahkan dunia mengikut hukum-Nya.”

Reset minda sebagai pekerja tidak kira pangkat yang dipegang. Bekerja bukan demi keperluan tetapi bekerja dalam memenuhi tujuan hidup iaitu menjadi hamba Allah SWT, khalifah dan mengimarahkan dunia mengikut hukum-Nya.

Terdapat satu formula yang dipanggil The Law of Compensate (Undang-undang Kompensasi) di mana kita akan mendapat upah berdasarkan nilai yang kita beri kepada orang lain. Kerana itu, apabila pekerjaan tidak berkat, kita selalu kekurangan duit walaupun bergaji besar. Kerja yang tidak berkat apabila melakukan pekerjaan itu sambil lewa dan banyak menghabiskan waktu kerja dengan melakukan perkara lain. AUDIT diri kita. Setiap saat yang kita lakukan ini adakah kita sedang memberi manfaat atau tidak.

Selain itu, kita sebagai pekerja haruslah menjadi pekerja yang berkesan dengan kuat berusaha ke arah pembentukan diri dan meningkatkan kualiti. Orang yang cekap melakukan pekerjaan itu sedikit tetapi hasilnya banyak maka dia tidak akan tertekan. Seseorang yang bergaji seribu dan bekerja seolah-olah gajinya dua ribu maka dia akan mendapat gaji itu pada satu hari nanti.

Orang yang berjaya sentiasa memberi lebih daripada apa yang sepatutnya tetapi orang yang tidak berjaya memikirkan buat sedikit dan dapat sebanyak mungkin. Apabila bekerja di sector kerajaan apakah hak saya, berapakah cuti saya dan sebagainya. Dia akan sebut apa yang dia dapat dan tidak bertanya apakah tanggungjawabnya.

Tidak dinafikan, kadangkala kita tidak puas hati dalam pekerjaan. Jadi, kita perlu ubah cara berfikir kita dan memperbaiki diri. Apabila setiap orang memperbaiki diri, akan wujudlah sebuah kelompok yang berdaya saing maka dunia juga akan turut berubah, sebab itu pentingnya pekerja itu.

2 jenis pekerja:
1. Bekerja dalam memenuhi keperluan hidup seharian sahaja
2. Bekerja niat kerana Allah SWT bagi memenuhi tujuan hidup. Mereka akan mendapat habuan di dunia dan akhirat.

Apabila kita berkerja hanya memenuhi keperluan hidup sahaja, alangkah ruginya kerana kita hanya dapat habuan di dunia sahaja.

No comments:

Post a Comment